Risiko Dos Berlebihan Risiko Akibat Mengambil Heroin Yang Dicampur Dengan Dadah Lain Risiko Kemalangan Risiko Jangkitan Penyakit Akibat Putus Bekalan DarahDos berlebihan terjadi apabila:- Dadah yang dijual di kaki lima dicampur dengan pelbagai campuran yang mana kandungan sebenar tidak diketahui oleh penagih.Kematian boleh berlaku apabila dadah campuran ini disuntik dan tersumbat dalam pembuluh darah.Heroin yang dicampur dengan barbiturat akn juga mengakibatkan pergantungan terhadap dadah tersebut. Dalam keadaan mabuk/khayal,penagih tidak dapat mengawal pergerakan badan,lambat bertindak untuk mengelak sesuatu serta tidak berupaya untuk menumpukan perhatian ke atas apa-apa yang sedang dikerjakan.Risiko menghadapi kemalangan amat tinggi ketika memandu ,menjalankan jentera atau melintas jalan. Jangkitan penyakit seperti AIDS,hepatitis,kancing gigi,keracunan darah dan sebagainya berlaku apabila penagih mengguna dan berkongsi alat-alat suntikan yang kotor.Kehidupan penagih yang tidak menghiraukan kebersihan,kesihatan dan pemakanan yang berzat menggandakan lagi risiko jangkitan penyakit. Risiko Meningkat Apabila Pelbagai Jenis Digunakan Sekaligus Tabiat penagih yang sentiasa mencari satu nikmat lain daripada yang lain, mendedahkan ia kepada penggunaan pelbagai jenis dadah.Menggunakan dadah opiat,barbiturat ,alkohol dan sebagainya dengan sekaligus meningkatkan risiko dos berlebihan kerana kesan-kesan dadah berganda dan hanya sedikit sahaja diperlukan untuk mendapatkan dos maut. Risiko Kepada Wanita Mengandung Penagih heroin wanita kerapkali menderita akibat kekurangan darah,sakit jantung, kencing manis,demam peparu atau hepatitis ketika mengandung atau melahirkan anak.Kadar keguguran,kelahiran bayi songsang atau belum cukup umur,kelahiran melalui pembedahan dan kelahiran bayi mati dalam kandungan adalah tinggi bagi wanita-wanita ini.Bayi-bayi yang dilahirkan kerapkali menderita kerana gejala tarikan sehingga berbulan-bulan dan ramai antara mereka yang mati. Apabila terputus bekalan darah,penagih mengalami gejala tarikan dalam jangkamasa 4-6 jam selepas dos terakhir.Gejala-gejala ini termasuk rasa resah,cirit-birit,sakit perut,rasa sejuk,berpeluh,loya dan mata serta hidung berair. Kehebatan gejala ini bergantung kepada jumlah dos yang biasa diambil,kekerapan dos serta jangkamasa menagih.Gejala ini menuncak selepas kira-kira 24-72 jam dan berkurangan dalam masa 7-10 hari.Adakala gejala seperti tidak dapat tidur dan rasa gian berpanjangan hingga berbulan-bulan.Gejala tarikan menjadi bahaya jika penagih menghidap penyakit seperti kencing manis,gila babi,lemah jantung atau darah tinggi.Ia juga berbahaya kepada penagih yang ketagih kepada beberapa jenis dadah pada sesuatu masa umpamanya heroin dan barbiturat.Gejala tarikan yang berlaku kepada penagih-penagih ini boleh membawa maut.
Monday, May 3, 2010
implikasi negatif dadah.
Posted by mamamya at 3:42 AM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment