Pengenalan Bahan depresanmemainkan peranan yang penting dalam bidang perubatan.Walau bagaimanapun,ia digolongkan sebagai dadah apabila disalahgunakan Sejarah Penggunaan Sedatif-Hipnotik Sejarah Penggunaan Benzodiapine Jenis Depresan
Sedatif-hipnotik
dan secobarbital
seperti methaqualone dan
glutethimideTranquilizer
flurazepam, flunitrazepam
(Rohyphnol), chlorazepate
dan chlordiazepoxide. Kesan Dan Bahaya Penggunaan Sedatif-Hipnotik
-tidak boleh tidur
-lemah/lesu
-suhu badan meningkat
-tekanan darah rendah
-sakit-sakit anggota
-muntah-muntah
-bingung
-mata terkelip-kelip
-sawan dan maut Kesan Dan Bahaya Penggunaan Tranquilizer
Monday, May 3, 2010
depresan...!
Posted by mamamya at 3:44 AM 0 comments
implikasi negatif dadah.
Risiko Dos Berlebihan Risiko Akibat Mengambil Heroin Yang Dicampur Dengan Dadah Lain Risiko Kemalangan Risiko Jangkitan Penyakit Akibat Putus Bekalan DarahDos berlebihan terjadi apabila:- Dadah yang dijual di kaki lima dicampur dengan pelbagai campuran yang mana kandungan sebenar tidak diketahui oleh penagih.Kematian boleh berlaku apabila dadah campuran ini disuntik dan tersumbat dalam pembuluh darah.Heroin yang dicampur dengan barbiturat akn juga mengakibatkan pergantungan terhadap dadah tersebut. Dalam keadaan mabuk/khayal,penagih tidak dapat mengawal pergerakan badan,lambat bertindak untuk mengelak sesuatu serta tidak berupaya untuk menumpukan perhatian ke atas apa-apa yang sedang dikerjakan.Risiko menghadapi kemalangan amat tinggi ketika memandu ,menjalankan jentera atau melintas jalan. Jangkitan penyakit seperti AIDS,hepatitis,kancing gigi,keracunan darah dan sebagainya berlaku apabila penagih mengguna dan berkongsi alat-alat suntikan yang kotor.Kehidupan penagih yang tidak menghiraukan kebersihan,kesihatan dan pemakanan yang berzat menggandakan lagi risiko jangkitan penyakit. Risiko Meningkat Apabila Pelbagai Jenis Digunakan Sekaligus Tabiat penagih yang sentiasa mencari satu nikmat lain daripada yang lain, mendedahkan ia kepada penggunaan pelbagai jenis dadah.Menggunakan dadah opiat,barbiturat ,alkohol dan sebagainya dengan sekaligus meningkatkan risiko dos berlebihan kerana kesan-kesan dadah berganda dan hanya sedikit sahaja diperlukan untuk mendapatkan dos maut. Risiko Kepada Wanita Mengandung Penagih heroin wanita kerapkali menderita akibat kekurangan darah,sakit jantung, kencing manis,demam peparu atau hepatitis ketika mengandung atau melahirkan anak.Kadar keguguran,kelahiran bayi songsang atau belum cukup umur,kelahiran melalui pembedahan dan kelahiran bayi mati dalam kandungan adalah tinggi bagi wanita-wanita ini.Bayi-bayi yang dilahirkan kerapkali menderita kerana gejala tarikan sehingga berbulan-bulan dan ramai antara mereka yang mati. Apabila terputus bekalan darah,penagih mengalami gejala tarikan dalam jangkamasa 4-6 jam selepas dos terakhir.Gejala-gejala ini termasuk rasa resah,cirit-birit,sakit perut,rasa sejuk,berpeluh,loya dan mata serta hidung berair. Kehebatan gejala ini bergantung kepada jumlah dos yang biasa diambil,kekerapan dos serta jangkamasa menagih.Gejala ini menuncak selepas kira-kira 24-72 jam dan berkurangan dalam masa 7-10 hari.Adakala gejala seperti tidak dapat tidur dan rasa gian berpanjangan hingga berbulan-bulan.Gejala tarikan menjadi bahaya jika penagih menghidap penyakit seperti kencing manis,gila babi,lemah jantung atau darah tinggi.Ia juga berbahaya kepada penagih yang ketagih kepada beberapa jenis dadah pada sesuatu masa umpamanya heroin dan barbiturat.Gejala tarikan yang berlaku kepada penagih-penagih ini boleh membawa maut.
Posted by mamamya at 3:42 AM 0 comments
kesan ke atas negara..
Negara dan masyarakat terpaksa menanggung kos yang tinggi akibat daripada masalah dadah yang melanda negara ini. Kos yang tinggi ditanggung oleh negara atau masyarakat, dari segi kos nyata(tangible)dan kos tidak nyata(intangible).Kos nyata termasuklah:-
Posted by mamamya at 3:41 AM 0 comments
kesan ke atas keluarga..
Maruah dan nama baik keluarga penagih akan tercemar di kalangan masyarakat . Diri penagih boleh menjadi beban kepada keluarga kerana terpaksa menghabiskan masa, tenaga dan wang yang banyak untuk merawatnya. Harapan ibu bapa ke atas anak yang telah terlibat dengan dadah telah musnah. Rumah tangga akan menjadi porak peranda. Perpisahandanpeceraian antara ahli keluarga mungkin berlaku.
Posted by mamamya at 3:40 AM 0 comments
akibat pengambilan dadah..
Akibat yang jelas ialah dari segi tingkahlaku diri penagih itu sendiri.Si penagih akan menjauhkan diri daripada masyarakat umum dan bergaul hanya dengan kumpulan penagih-penagih dadah , penjenayah serta penipu .Ia tidak bertanggungjawab kepada kerja atau persekolahannya.Dari segi fizikal, penagih menjadi kurus , lemah tenaga ,malas dan kelihatan berada dalam khayalan, penagih boleh kehilangan tenaga seks, pitam, pengsan, berperasaan ganas, rasa ketagihan yang berlebihan, sakit perut dan berkemungkinan mati kerana mengambil dadah yang berlebihan .Daya tahan badan penagih akan menjadi lemah dan ia mudah dijangkiti pelbagai penyakit seperti kancing gigi, mandul dan sebagainya.
Posted by mamamya at 3:40 AM 0 comments
this..Enemy of our country..
A drug, broadly speaking, is any substance that, when absorbed into the body of a living organism, alters normal bodily function.[3] There is no single, precise definition, as there are different meanings in drug control law, government regulations, medicine, and colloquial usage.[4] In pharmacology, a drug is "a chemical substance used in the treatment, cure, prevention, or diagnosis of disease or used to otherwise enhance physical or mental well-being."[4] Drugs may be prescribed for a limited duration, or on a regular basis for chronic disorders.[5] Recreational drugs are chemical substances that affect the central nervous system, such as opioids or hallucinogens.[5] They may be used for perceived beneficial effects on perception, consciousness, personality, and behavior.[5][6] Some drugs can cause addiction and habituation.[6] Drugs are usually distinguished from endogenous biochemicals by being introduced from outside the organism.[citation needed] For example,insulin is a hormone that is synthesized in the body; it is called a hormone when it is synthesized by the pancreas inside the body, but if it is introduced into the body from outside, it is called a drug.[citation needed] Many natural substances such as beers, wines, and some mushrooms, blur the line between food and drugs, as when ingested they affect the functioning of both mind and bodyDrug is thought to originate from Old French "drogue", possibly deriving later into "droge-vate" from Middle Dutch meaning "dry barrels", referring to medicinal plants preserved in themA medication or medicine is a drug taken to cure and/or ameliorate any symptoms of an illness or medical condition, or may be used aspreventive medicine that has future benefits but does not treat any existing or pre-existing diseases or symptoms. Dispensing of medication is often regulated by governments into three categories—over-the-counter (OTC) medications, which are available inpharmacies and supermarkets without special restrictions, behind-the-counter (BTC), which are dispensed by a pharmacist without needing a doctor's prescription, and Prescription only medicines (POM), which must be prescribed by a licensed medical professional, usually aphysician.[citation needed] In the United Kingdom, BTC medicines are called pharmacy medicines which can only be sold in registered pharmacies, by or under the supervision of a pharmacist, these medications are designated by the letter P on the label,[8] the precise distinction between OTC and prescription drugs depends on the legal jurisdiction.[citation needed] Medications are typically produced by pharmaceutical companies and are often patented to give the developer exclusive rights to produce them, but they can also be derived from naturally occurring substance in plants called herbal medicine.[citation needed] Those that are not patented (or with expired patents) are called generic drugs since they can be produced by other companies without restrictions or licenses from the patent holder. Drugs, both medicinal and recreational, can be administered in a number of ways: Many drugs can be administered in a variety of ways.
Posted by mamamya at 3:29 AM 0 comments
Sunday, May 2, 2010
sekadar baca..jangan cuba!!~!~!!!!~
JENIS, KESAN DAN BAHAYA DADAH Dadah Dan Ciri-cirinya "Dadah" ialah bahan kimia psikoaktif yang mempunyai ciri-ciri seperti berikut:- 1. mempunyai kesan paling ketara ke atas sistem saraf pusat (otak dan saraf tunjang); 2. digunakan bukan untuk tujuan perubatan dan penggunaannya adalah dilarang; 3. diperlehi secara haram; 4. membawa kepada pergantungan fizikal dan psikologikal dan meningkatkan daya tahan terhadap dadah; 5. mendatangkan kesan-kesan buruk/bahaya ke atas kesihatan dan fungsi sosial. Jeni-jenis Dadah Dadah boleh dibahagikan kepada beberapa jenis seperti berikut:- a) Opiat - heroin, morfin, candu dan kodein; b)Kanabis - ganja, hashish; c)Depresen - sedatif-hipnotik jenis barbiturat dan bukan barbiturat serta tranquilizer; d)Stimulan - jenis amfetamin dan kokain; dan e)Halusinogen - lysegic acid diethylamide (LSD), meskalin, psilosibin. Takrif dadah tidak meliputi bahan-bahan pelarut (gam dan petrol), alkohol dan tembakau walaupun bahan-bahan ini mempunyai banyak persamaan dengan dadah dari sgi kesannya. Dadah Perangsang -Kita mengalami perasaan seronok atau sugul keranan dirangsang oleh otak. Ia membawa keriangan atau kepetahan dan gelak tawa yakni rasa seronok -Hal yang sama terjadi akibat daripada rangsangan ubat ubatan. -Sesiapa yang menggunakan dadah jenis ini akan menunjukkan gelagat keriangan yang agak palsu. -Tingkah laku akan menjadi luar biasa dari pelbagai segi yakni dari segi kelincahan dan petuturan. -keseronokan daripada dadah adalah hampir tiada batasan jika dibandingkan dengan keseronokan semulajadi. -oleh itu , pengguna akan sering merasa resah gelisah dan mudah merasa dalam kebimbangan dan mudah rengsa. -Petuturan akan menjadi begitu pantas dan sukar untuk difahami -Tubuh akan menggeletar dan tidak ada selera untuk makan atau minum -pengguna juga akan asyik dengan keriangan tanpa menghiraukan persekitaran samada makan atau minum -jika keadaan ini berterusan, pengguna akan berasa keletihan sehingga mencetus satu keadaan kecemasan atau keresahan yang tidak dapat dikawal -kesudahannya, nyawa terancam kerana fungsi jantung, pernafasan dan ginjal tidak terkawal. dan maut akan menyusul. Dadah Penekan - ia merangsang fungsi otak dengan kesan yang berlawanan dengan dadahperangsang -pengguna tidak langsung aktif tetapi tertekan dan sugul -rasa lesu dan malas untuk membuat sesuatu pekerjaan -mengantuk, pertuturan menjadi lambat dan meleret leret -tumpuan pengguna menjadi rendah dan tidak peduli akan keadaan sekelliling -contoh: - ubat ubatan tidur, menyebabkan seseorang mengantuk - tidak sedarkan diri , jika berlebihan akan membawa maut - fungsi badan, jantung , pernafasan dan buah pinggang terjejas - contoh lain: candu/morfin/heroin narkotik/kodein(ubat batuk)<--sederhana Dadah halusinogen contoh dadah :LSD,PCP, dadah rekaan akibat: -persepsi si pengguna akan berubah -tidak akan berpijak ke alam nyata -contohnya: merasakan diri seolah olah boleh terbang atau dapatberjumpa dengan tuhan -juga berlaku tingkahlaku luar jangkaan -emosi terganggu dan kerap dihantui pengalaman buruk -dadah ini bertindak secara terus untuk menghasilkan halusinasi. -cth: arak : mabuk , cenderung untuk tidur, pergerakan terhoyong hayang -cth rokok tembakau: boleh menekan fungsi otak kerana kesan awalan adalahuntuk merangsang otak ,oleh itu tidak dirasakan dengan serius oleh pengguna. Ancaman `ECSTASY' dan Dadah Rekaan Dr Rahmat Awang Baru-baru ini timbul lagi satu ancaman dadah di kalangan remaja kita. Berbeza dengan dadah-dadah lain, kumpulan terbaru ini sengaja direka khas untuk menghasilkan kesan-kesan tertentu. Umumnya kumpulan ini dipanggil designer drug. Pada masa ini, dua kelas utama dadah designer telah dicipta dan digunakan secara meluas. Ia terdiri daripada kumpulan feniletilamina dan kumpulan opiod sintetik. Perkembangan ini merupakan satu gejala baru yang perlu dipandang serius dan dibendung oleh kita. Sebenarnya banyak perkara yang belum diketahui tentang kesemua kesan dadah-dadah ini. Malah ketulenan dan keseragaman kekuatan dadah yang dihasilkan biasanya tidak menentu. Penghasilan secara haram oleh ahli kimia yang tidak bertauliah, makmal yang tidak lengkap serta kawalan mutu yang rendah sering menjadikan drug tersebut lebih merbahaya. Ruangan ini menekankan tentang kumpulan feniletilamin. Kesan Penggunaan Feniletilamina Dadah kumpulan feniletilamina dapat memberikan kesan euforia, peningkatan mood, empati, dan perubahan visual. Keadaan sebenar yang akan dialami oleh seseorang penagih bergantung kepada dos yang digunakan. Pada dos yang rendah, otak akan kurang dirangsang dan penagih akan mengalami peningkatan keamatan warna dan tekstur serta merasakan diri seolah-olah berada dalam alam fantasi. Pada dos yang besar, menghampiri paras toksik, penagih akan mengalami halusinasi (rasa khayal). Apabila digunakan buat pertama kali atau jika dicemari dengan hasil sampingan toksik, pengguna biasanya akan mengalami keadaan depresi (sugul), rasa bersalah dan pemikiran yang tidak menentu. Kesan fisiologi yang dapat dikesan ialah peningkatan sel darah putih, peningkatan paras gula dalam darah, kemusnahan otot-otot dan peningkatan suhu badan. Kesan jangka panjang feniletilamina pula biasanya diperhatikan pada penagih yang mempunyai kecenderungan mendapat penyakit psikosis (keadaan tidak siuman) dan mungkin memerlukan rawatan jangka panjang. Pesakit akan kelihatan mengalami gangguan pemikiran, halusinasi visual, dan auditori serta ilusi yang menakutkan. Kajian pada haiwan menunjukkan kerosakan sel saraf akibat penggunaan jangka panjang. Terbitan feniletilamina dikenali dengan berbagai nama gelaran seperti yang berikut: ICE ICE atau nama sebenarnya metamfetamina adalah di antara dadah designer terbitan feniletilamina yang pertama dicipta. Terdapat beberapa nama lain yang digunakan untuk metamfetamina oleh penagih dadah. Di antaranya termasuklah nama-nama terkenal seperti SPEED, CRACK, dan METH. Metamfetamina hanya perlu dihisap untuk mendapatkan kesannya. Kaedah ini amat digemari oleh penagih dadah terutama setelah menyedari bahawa penggunaan jarum meningkatkan risiko jangkitan AIDS. Ia mempunyai kesan tindakan yang cepat dan kurang rangsangan jantung berbanding amfetamina. Apabila dihisap, kesannya terus dirasakan dalam masa yang agak panjang iaitu di antara lapan sehingga dua puluh empat jam. Penagih dadah ICE biasanya mengalami paranoia (rasa ketakutan), rasa terdesak, dan sanggup mengambil risiko besar melakukan sesuatu yang membahayakan. Seringkali hasil pembikinannya tercemar dengan kehadiran plumbum dan pembentukan hasil sampingan yang toksik. LOVE DRUG LOVE DRUG iaitu MDA (3,4-metilindioksiamfetamina) mula diperkenalkan pada tahun 1967 dan boleh membuat seseorang mengalami euforia serta empati tanpa memberikan kesan halusinasi yang tidak diingini. Penggunaannya yang meluas telah menyebabkan beberapa kematian yang berkaitan dengan hasil sampingan toksik iaitu HMDA (3,4-metilindioksifenil-3-aminobutane) yang terbentuk dalam proses pembikinan tersebut. ECSTACY Dadah ini adalah dari kumpulanfeniletilamina yang paling kontroversi sekali. Ia terdiri daripada gabungan MDMA dan MDEA. MDMA (3,4-metilindioksimefamfetamina) sebenarnya bukanlah dadah designer dan pernah digunakan untuk merawat gangguan psikiatrik pesakit untuk mengenali diri sendiri dengan lebih baik serta meningkatkan keupayaan berkomunikasi. Di kalangan penagih dadah, ia dikenali dengan nama ECSTASY, XTC, dan ADAM. Ia bertindak pada saraf-saraf tertentu di dalam otak untuk memberikan kesan yang menyerupai LSD tanpa ciri-ciri halusinogen. MDEA (3,4-metilindiosietamfetamina) pula adalah terbitan baru feniletilamina yang mempunyai kesan yang berbeza berbanding dadah jenis halusinogen dan perangsang. Pada dos yang rendah, MDMA dan MDEA berupaya memberikan kesan euforia. Keinginan untuk memulakan hubungan seks menurun dan pengguna akan mengalami sedikit halusinasi visual. Selain daripada kesan ini, pengguna juga kehilangan selera makan, tekanan darah yang tinggi, denyutan jantung yang cepat, berpeluh seluruh anggota, dan pergerakan yang tidak menentu. Kesan sampingan MDMA yang dialami oleh penagih terdiri daripada tekanan darah tinggi, denyutan jantung pada kadar yang cepat dan tidak menentu, serangan panik, resah, tidur yang terganggu, gian, rasa ketakutan, dan serangan depresi. Dua masalah yang ketara berikutan penggunaan Ecstacy adalah suhu badan menjadi terlalu tinggi. (hipertermia) dan badan kekurangan air serta bahan galian (dehidrasi) oleh badan, terlalu banyak berpeluh sehingga menjadi kering. Apabila ini berlaku suhu badan akan meningkat - dicirikan dengan pening kepala, keletihan, pengsan, gelugut dan muntah-muntah. Sekiranya suhu badan meningkat kepada 40(C darah mula membeku di saluran darah dan boleh menyebabkan pendarahan yang tidak terkawal di bahagian lain. Kesudahan ia boleh menyebabkan maut. Akibat daripada ini ramai yang cuba meminum air dengan banyaknya, ada hingga 20 liter dalam beberapa jam saja. Tetapi ini boleh turut membahayakan kerana bahan-bahan galian yang telah hilang tidak turut digantikan malah boleh menyebabkan darah menjadi cair dan sel-sel (termasuk sel-sel di otak) menjadi 'kembang' dan kemudiannya rosak. Maut akan menyusul. Secara jangka panjangnya Ecstasy boleh menjahanamkan fungsi otak dengan membunuh sel-sel didalamnya serta juga mengganggu perjalanan bahan kimia semulajadi otak. Selepas menggunakan Ecstasy seseorang itu akan merasa sugul serta merasai semula pengalaman pahit yang silam. Di samping itu ia memberi beberapa kesan lain seperti tidak siuman dan seakan-akan gila. 1. Faktor-faktor mempengaruhi kesan-kesan dadah. Kesan dadah ke atas seseorang berbeza mengikuti individu dan bergantung kepada beberapa faktor seperti berikut:- Jenis-jenis Dadah Yang Popular Pada Masa Kini 1. Morfin Dikenali juga sebagai "M", "White Stuff", "White Powder", "Monkey", "Dreamer", "Morpho", "Tab", "Morb", "Cubes", "Emsel" dan "Melter". Morfin ialah sejenis alkaloid yang diperolehi dari candu mentah. Dalam pasaran gelap, ia selalunya diperolehi sebagai morfin mentah, bes morfin (morphine base) atau morfin sulfat atau morfin hidroklorid. Ia terdapat dalam bentuk blok, serbuk atau pil. Cara menggunakan morfin adalah dengan menyuntik larutan morfin atau menelan pil-pil morfin. 2. Ganja Ianya dikenali sebagai "Kanabis Herba", "Marijuana/Grass", "Pot/Weed", "Bhang", "Kif", "Takrouri" dan "Dagga". Kanabis herba atau ganja merujuk kepada bahagian daun dan pucuk berbunga pokok kanabis yang dikeringkan dan kadang-kadang dijadikan dalam bentuk blok atau ‘sate’. Ia menyerupai tembakau walaupun lebih kehijau-hijauan. Kandungan THC adalah antara 0.25%-8%. Kokain berasal dari daun koka atau Erythroxylon coca_dan lain-lain jenis pokok Erythroxylon yang terdapat di Peru, Bolivia, dan Colombia di pergunungan Andes, Amerika Selatan. Bahan ini kebanyakannya disalah gunakan di Amerika Syarikat.
Posted by mamamya at 7:35 AM 0 comments